Hebatnya network bagi usahawan
Our Network Is Our Net Worth
Pernah dengar?
Sebagai usahawan, mana mungkin kita dapat capai impian yang besar secara berseorangan.
Biasakan bergerak dalam pasukan.
Siapa yang kita selalu kelilingi bakal menjadikan kita berjaya atau gagal.
Bukan tujuan kita mengenali seseorang untuk menjual produk/servis pada orang itu.
Tapi orang-orang di belakang kenalan itu mampu melonjakkan kita kepada tahap lebih tinggi dalam bisnes.
Network yang baik mampu membantu kita dalam banyak perkara:
1) Membeli produk kita
2) Memberi ilmu jalanan sebagai peniaga
3) Merujuk kepada kumpulan pembeli yang sukar untuk kita approach sendiri
4) Joint venture untuk projek jangka masa panjang
5) Berkongsi pengalaman dan testimoni sebagai pengguna produk kita
6) Memberi semangat tatkala kita down
7) Memperkenalkan jalan untuk menyelesaikan masalah yg sedang kita depani
Tugas hakiki seorang usahawan bukanlah sekadar menjual, tapi bernetwork untuk mengembangkan bisnes.