Alev

Jenama VS Positioning

Jika ditanya apa itu Jenama? Usahawan akan beri jawapan berbeza. Yang termudah: Apa sahaja yang orang lain kata tentang kita dan produk kita adalah JENAMA.Jenama adalah persepsi secara am. Apa pula maksud Positioning?Ia adalah SATU perkara yang kita nak orang ingat tentang kita. Contohnya kita membuat servis catering, kita boleh positionkan jenama kita sebagai catering yang menyediakan makanan negeri sembilan asli. Walaupunkita juga menyediakan lauk-lauk lain, kita nak orang ingat tentang SATU kelebihanitu. Lebih spesifik lebih baik. Apa bisnes anda dan apa position anda?

Hebatnya network bagi usahawan

Our Network Is Our Net Worth Pernah dengar? Sebagai usahawan, mana mungkin kita dapat capai impian yang besar secara berseorangan.Biasakan bergerak dalam pasukan. Siapa yang kita selalu kelilingi bakal menjadikan kita berjaya atau gagal.Bukan tujuan kita mengenali seseorang untuk menjual produk/servis pada orang itu.Tapi orang-orang di belakang kenalan itu mampu melonjakkan kita kepada tahap lebih tinggi dalam bisnes. Network yang baik mampu membantu kita dalam banyak perkara:1) Membeli produk kita2) Memberi ilmu jalanan sebagai peniaga3) Merujuk kepada kumpulan pembeli yang sukar untuk kita approach sendiri4) Joint venture untuk projek jangka masa panjang5) Berkongsi pengalaman dan testimoni sebagai pengguna produk kita6) Memberi semangat tatkala kita down7) Memperkenalkan jalan untuk menyelesaikan masalah yg sedang kita depani Tugas hakiki seorang usahawan bukanlah sekadar menjual, tapi bernetwork untuk mengembangkan bisnes.

Buat ikon desktop mengikut logo anda

Assalamualaikum semua. Saya percaya ramai dari anda yang ada laptop atau desktop yang digunakan khas untuk bisnes, betul? Kadang-kadang banyak sangat folder di desktop sampai kita sukar untuk mencari folder penting yang dicari. Sebenarnya sangat senang untuk buat ikon khas mengikut rekabentuk pilihan anda. Saya cadangkan untuk gunakan logo perniagaan anda untuk folder dimana anda meletakkan file-file atau data berkaitan. Gambar ini adalah ikon di desktop saya sekarang. Even pembahagian folder lebih mudah dilihat dengan menambah sedikit ikon di tepi logo asal. Menarik atau menarik? 1) Di adobe illustrator: create new artboard size 256x256px2) Buat design anda > Save as .png3) Pergi ke http://image.online-convert.com/convert-to-ico4) Upload file .png tadi. Convert kpd ico. Akan autodownload .ico tu5) Pilih folder di desktop yg kita nak ubah iconnya, right click > properties6) Tekan tab customize diatas > tekan button change icon7) Pilih .ico tadi > OK > Apply Tadaa! Siap!

Mematerializekan Jenama Anda

Satu idea adalah hanya satu idea jika ia dalam fikiran anda. Tetapi ia adalah satu perbezaan yang nipis apabila anda menulisnya. Ia adalah idea pertama, dalam bentuk dakwat atau dokumen dalam komputer. Orang ramai boleh memahaminya. Dari segi penjenamaan, identiti perniagaan anda adalah hanya satu idea sehingga logo anda direka dan diterbitkan untuk dilihat oleh pelanggan. Itulah langkah pertama mematerialkan identiti anda. Langkah kedua adalah yang terbaik. Peralihan paling dramatik adalah apabila anda mencetaknya pada sesuatu yang nyata. Ia memberi persepsi baru dan membuat orang benar-benar mengenal jenama tersebut. ‘Branding’ tidak hanya untuk pelanggan anda, tetapi untuk semua orang yang bekerja di sekitarnya. Orang-orang anda, pasukan anda, kakitangan anda. Ia meningkatkan semangat mereka untuk bekerja di sebuah syarikat yang mempunyai reputasi baik, untuk membuat produk terkenal atau memberi perkhidmatan berjenama popular. Sekarang di mana kita boleh mencetak logo anda? Mana-mana! Ia tidak perlu terlalu megah. Memasukkannya ke dalam item yang paling kecil hingga yang terbesar. Ini adalah beberapa contoh untuk perniagaan kecil bagi memulakan jenama anda dari hari ini:– Pelekat tag kecil– Letterhead– Borang– Agenda mesyuarat dan minit– Komputer– Desktop wallpaper– Aset– Sticker Kereta– T -shirt– Buku– Banners– Flyers– Risalah-risalah– Pembungkusan– Icon Desktop– Foto Facebook– Laman web– Beg plastik– Pintu Pejabat– “Hang” pada dinding– kanvas– Poskad– Katalog– Pelekat dinding– Kad Nama– “Thank you” note– Kad ucapan Dan banyak lagi  

Design for Non Designer

Sebagai usahawan, kita tak perlu pakar dalam membuat semua benda kerana resource yang paling limited dalam dunia adalah masa. Tak cukup masa nk buat semua. Namum untuk berkembang, asas kpd semua yg terlibat dalam perniagaan perlu tahu. Contohnya saya seorang designer, perlu kuasai ilmu operasi bisnes design untuk setup sistem yang baik supaya boleh hands down kepada team designer yang lebih baik, untuk deliver servis yang lebih baik dengan masa yang lebih pantas. Juga ilmu pemasaran, jualan dan networking kerana ini adalah tugas hakiki seorang usahawan. Dalam masa yang sama saya cuba untuk kuasai ilmu asas perakaunan sebab arah tuju bisnes sepatutnya berpandukan nombor-nombor yang direkod walau ada team admin/account untuk membantu ke minute details. Saya perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi ttg akaun saya dan bagimana untuk buat decision yang baik berdasarkan nombor. Saya perlu belajar tentang filing, copywriting, time management, staff monitoring dan macam-macam. Yang mana nak belajar dulu? Ikut prioriti masing-masing.